KUALA LUMPUR: Hari yang dinanti-nantikan sudah begitu hampir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudahpun mempunyai ucapan Belanjawan 2013 di tangan beliau.

"...sedang meneliti ucapan Belanjawan 2013 di Kementerian Kewangan sekarang untuk dibentangkan di Parlimen, esok," katanya dalam tweet terbarunya hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen 4 petang esok.


Persiapan sudah berterusan sejak beberapa hari lalu semasa beliau menghantar tweetnya semalam bahawa beliau berada di kementerian untuk menyediakan ucapannya.

Malam ini, Najib dijadual membuat lawatan terakhir ke Kementerian Kewangan untuk melihat persiapan terakhir bagi pembentangan belanjawan esok. - BERNAMA