header

KPWKM kemuka cadangan insentif untuk swasta ambil warga emas, OKU

SUNGAI PETANI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sudah mengemukakan cadangan untuk dimasukkan dalam belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat ini supaya pihak swasta berminat mengambil warga emas bekerja.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kementeriannya turut mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan keberkesanan penyaluran bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti orang miskin dan kurang upaya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Warga Emas 2011 peringkat kebangsaan di Kompleks Penyayang Kuala Muda di sini hari ini, beliau berkata pihaknya juga menemui syarikat tertentu seperti Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) supaya mengambil warga emas menjadi jurutol. "Mulai tahun lalu syarikat swasta yang mengambil warga emas bekerja diberi potongan cukai 10 peratus bagaimanapun tidak mendapat sambutan memuaskan atau mungkin kerana tidak diketahui.

"Saya harap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengumumkan sesuatu yang menarik minat mereka untuk menggaji warga emas selain beberapa inisiatif baru untuk golongan kurang bernasib baik termasuk warga emas dalam belanjawan yang akan dibentangkannya," katanya.

Ketika berucap sebelum itu, Shahrizat berkata rakyat khususnya golongan warga emas hanya boleh menikmati hidup dengan aman sekiranya segala keperluan mereka pada hari tua disediakan secukupnya oleh kerajaan.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup prihatin...kita bukan menabur janji. Kemudahan perubatan, bantuan kepada golongan miskin dan warga emas, orang kurang upaya, rumah perlindungan kanak-kanak dan wanita, semuanya disediakan.
"Selagi BN memerintah kebajikan golongan ini akan terus terpelihara," katanya.

Beliau berkata kerajaan mahu masyarakat menjadi rakan kongsi pintar KPWKM supaya peruntukan besar RM1.4 bilion di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau Karisma untuk membantu golongan sasar tahun ini mencapai matlamat.

Shahrizat berkata, daripada jumlah itu, RM433 juta disalurkan kepada 120,496 warga emas yang menerima bantuan RM300 sebulan.

"Untuk Kedah sahaja kita belanjakan RM68 juta membantu hampir 41,000 penerima bantuan tahun ini...inilah kebajikan kerajaan BN. Kerajaan PAS Kedah pula belanjakan RM8 juta sahaja ke atas 8,000 penerima.

"Hari ini saya serahkan sumbangan di bawah Skim Insurans 1Azam berjumlah RM270,000 kapda ketua isi rumah manakala di Padang Serai selepas ini kita akan beri bantuan berjumlah RM6.1 juta kepada 1,212 penerima," katanya.

Pada majlis itu juga beliau menyerahkan Anugerah Sukarelawan Warga Emas kepada 14 penerima.

Hadiah berupa wang tunai RM1,000 sumbangan Yayasan Kebajikan Negara, sepersalinan baju sumbangan Jakel Trading Sdn Bhd, sepasang subang mutiara sumbangan Habib Jewel dan sijil penghargaan. - BERNAMA
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 7:36 pm
KAKITANGAN di sebuah pejabat swasta serius mendengar pembentangan Belanjawan 2012 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi dalam talian. - Foto Nik Hariff Hassan
Oct 7, 2011 7:17 pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dekat Balai Bomba Kuantan bersemangat menonton secara langsung pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Bagunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Halim Mat Ali
Oct 7, 2011 6:28 pm
PEMANDU Hospital Sultanah Bahiyah gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2012, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Oct 7, 2011 6:24 pm
MAHASISWA Perubatan Universiti Mansurah, Mesir (dari kiri) Muhammad Farhan Fadzil, Muhammad Faiez Othman dan Muhammad Hariz Azmir tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan Belanjawan 2012 menerusi dalam talian, hari ini. - Foto Muhammad Fawwaz Ai'zat Sa'ari
Oct 7, 2011 6:21 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh sambil menunjukkan warna baju sama ketika hadir membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:34 pm
AHLI Parlimen pembangkang menunjukkan buku belanjawan Pakatan Rakyat di luar Dewan Rakyat sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:28 pm
WAKIL media menunggu di ruang legar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:27 pm
SUASANA Dewan Rakyat tenang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:22 pm
ORANG ramai mengambil kesempatan beratur untuk membeli buku Laporan Ekonomi 2011/2012 yang berhanga RM45 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - Foto Afendi Mohamed
Oct 7, 2011 5:06 pm

Bajet 2014: Nilai BR1M ditingkatkan, bonus buat penjawat awam
Berita Harian:
Google:

...lihat Reaksi rakan Facebook BH Online