Johor DT kecoh!
Shah Alam: Suasana bilik persalinan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam kelmarin difahamkan ‘menjadi panas’ apabila berlaku satu kekecohan yang kemudian tercetus khabar angin kononnya skuad Harimau Selatan mula hilang persefahaman antara pemain.

Walaupun butiran sebenar kekecohan itu tidak diketahui tapi ia difahamkan lebih menjurus kepada rasa marah pemain dan pegawai selepas dipalit kecewa tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super.
Lebih perit, kedengaran ada yang menjerit, “Safiq....” dalam bilik berkenaan. Wajah kapten pasukan itu tampak kecewa dan seperti marah-marah selepas berjalan keluar dari bilik persalinan berkenaan.

Tiada pergaduhan

Apa pun senario yang mencipta keraguan itu pantas ditepis jurulatih pasukan, Fandi Ahmad apabila berkata kekecohan itu tidak berlaku dan tidak ada sebarang pergaduhan dalam bilik persalinan seperti dihebohkan.

“Semua itu tidak benar dan tidak ada sebarang pergaduhan antara pemain selepas perlawanan.

Memang benar saya bergegas masuk bilik persalinan selepas sidang media perlawanan tetapi saya dapati pemain saya bergurau sesama mereka.
“Tidak ada apa-apa yang berlaku dan suasana bising dalam bilik persalinan kerana pemain melepaskan tekanan selepas tewas pada perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.