KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi apabila pasaran mendapat semula lajakan positifnya selepas menurun berikutan aktiviti pengambilan untung pada sebelah pagi.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.47 mata kepada 1,674.04, selepas dibuka meningkat 1.94 mata kepada 1,669.51.
Pasaran Asia kekal meleset berikutan kemunculan semula kebimbangan mengenai krisis hutang zon euro, khususnya risiko ketidakstabilan di kalangan institusi kewangan di Cyprus, merebak ke bahagian lain rantau itu.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan berkata, sambil bursa kemungkinan berhadapan pembetulan, asasnya dijangka menyaksikan peningkatan selepas pilihan raya, yang akan dipacu oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

"Prestasi pasaran pada minggu ini, sehingga ini, menunjukkan catatan terbaik bagi tempoh dua bulan lepas," katanya kepada Bernama.

Indeks Kewangan melonjak 17.03 mata kepada 15,740.78, Indeks Perladangan meningkat 21.86 mata kepada 7,877.80 dan Indeks Perusahaan menambah 5.72 mata kepada 2,873.93.

Indeks FBM Emas meningkat 41.08 mata kepada 11,438.93, Indeks FBMT100 meningkat 42.12 mata kepada 11,276.82, Indeks FBM Mid 70 naik 41.14 mata kepada 12,660.96 manakala Indeks FBM Ace turun 3.80 mata kepada 3,983.17.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 394 kepada 287, dengan 332 kaunter tidak berubah, 638 tidak diniagakan dan 49 yang lain digantung.

Perolehan turun kepada 917.244 juta saham bernilai RM2.073 bilion berbanding 989.974 juta saham bernilai RM2.246 bilion semalam.

Di kalangan kaunter aktif, GPRO Technologies turun 1.0 sen kepada 7.5 sen, Compugates Holdings tidak berubah pada harga 8.0 sen, Solution Engineering menambah 0.5 sen kepada 16 sen dan Axiata meningkat 11 sen kepada RM6.62.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat 1.0 sen kepada RM9.40, CIMB Group Holdings turun 4.0 sen kepada RM7.65, Petronas Gas rugi 18 sen kepada RM19 dan Sime Darby meningkat 5.0 sen kepada RM9.26.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 726.762 juta saham bernilai RM2.053 bilion berbanding 809.9 juta saham bernilai RM2.225 bilion semalam.

Perolehan di pasaran Ace meningkat kepada 165.313 juta unit bernilai RM16.548 juta berbanding 147.274 juta unit bernilai RM18.32 juta semalam.

Waran turun kepada 22.565 juta saham bernilai RM2.166 juta berbanding 32.181 juta saham bernilai RM2.914 juta semalam.

Produk pengguna mencatatkan 28.8 juta saham di Pasaran Utama, produk perusahaan 69.5 juta, pembinaan 93.4 juta, dagang dan perkhidmatan 303 juta, teknologi 31.6 juta, prasarana 18.6 juta, kewangan 81.6 juta, hotel 477,700 juta, hartanah 79.3 juta, perladangan 10.5 juta, perlombongan 2,000, REIT 9.6 juta dan tertutup/dana 30,000. - BERNAMA