KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur, dalam dagangan kecil, dengan pelabur enggan memasuki pasaran berikutan prestasi lemah dalam pasaran serantau, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.41 mata untuk ditutup pada 1,671.63, selepas dibuka 5.96 mata lebih tinggi pada 1,680.
Prestasi pasaran serantau Asia juga bercampur-campur berikutan data ekonomi rendah di Jepun, ekonomi ketiga terbesar dunia, serta dagangan lengang sempena cuti Easter, dengan pasaran di Australia dan Hong Kong ditutup.

Indeks Kewangan susut 48.86 mata kepada 15,691.92, Indeks Perladangan bagaimanapun menokok 26.09 mata kepada 7,903.89 dan Indeks Perusahaan menambah 1.80 mata kepada 2,875.73.

Indeks FBM Emas turun 18.439 mata kepada 11,420.49, FBMT100 susut 19.38 mata kepada 11,257.44, Indeks FBM Mid 70 turun 35.02 mata kepada 12,625.94, namun Indeks FBM Ace menambah 25.17 mata kepada 4,008.34.

Kaunter rugi dan kaunter masing-masing sebanyak 346, manakala 293 kaunter tidak berubah, 666 tidak diniagakan dan 57 lagi digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 610.18 juta saham bernilai RM1.169 bilion berbanding 917.244 juta saham bernilai RM2.073 bilion semalam.
Antara kaunter aktif, Fast Track Solution menokok setengah sen kepada sembilan sen, Axiata Group susut dua sen kepada RM6.60, AMMB Holdings meningkat satu sen kepada RM6.55 manakala MK Land Holdings tidak berubah pada 31.5 sen.

Bagi kaunter wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM9.35, CIMB Group Holdings turun dua sen kepada RM7.63 manakala Sime Darby menokok satu sen kepada RM9.27.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 460.375 juta saham bernilai RM1.152 bilion berbanding 726.762 juta saham bernilai RM2.053 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 122.419 juta unit bernilai RM14.832 juta berbanding 165.313 juta unit bernilai RM16.548 juta pada Khamis.

Waran meningkat kepada 25.767 juta saham bernilai RM1.907 juta berbanding 22.565 juta saham bernilai RM2.166 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 17.8 juta saham di Pasaran Utama, barangan perusahaan 53.7 juta, pembinaan 48 juta, perdagangan dan perkhidmatan 162.9 juta, teknologi 17.9 juta, infrastruktur 20.4 juta, kewangan 45.1 juta, hotel 435,700 juta, hartanah 77.8 juta, perladangan 9.7 juta, perlombongan 12,100, REIT 6.1 juta dan dana tertutup 16,500.

- BERNAMA