gambar sebelum  gambar berikut
Foto

Wajah selebriti Korea selepas pembedahan plastik.

Foto

Dari kiri; Dr Jong bersama Pengarah Urusan The Sompoton Spa, Megan Tan; Pengurus Pemasaran Pusat Pembedahan Plastik Wonjin, Mandy Ko dan Jururunding kecantikan, Kim pada majlis memperkenalkan rawatan pembedahan plastik Korea di Hotel Prince, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto Amirudin Sahib

Korea jadi tumpuan dunia jalani pembedahan plastik

Deman gelombang muzik dan tarian Oppa Gangnam Style oleh penyanyi Korea Selatan, Psy, mencetuskan fenomena baru di seluruh dunia. Begitu juga budaya K-Pop menerusi fesyen pakaian, gaya rambut, solekan dan lain-lain menjadi ikutan ramai remaja sejagat.
Di sebalik keghairahan berkenaan, tidak terkecuali industri kecantikan turut terpalit apabila ramai remaja dan wanita Korea kelihatan begitu jelita bagaikan bidadari dengan memiliki wajah runcing dan kecil berbentuk V, bermata besar serta hidung mancung.

Selebriti Korea memiliki wajah cantik dan membuatkan ramai mahu mengikut jejak langkah supaya tampak seperti selebriti," Dr Jong Cheal Park, Pakar pembedahan plastik terkemuka Korea.

Perkembangan teknologi canggih dalam industri kecantikan, mendorong ramai wanita Korea yang tidak cantik, tampil jelita menjalani pembedahan plastik bagi membentuk wajah sempurna.

Pakar pembedahan plastik terkemuka dari Korea, Dr Jong Cheol Park, berkata rawatan terkemuka dan paling popular di Korea ketika ini ialah pembentukan rahang dan kontur wajah.

Rawatan pembentukan wajah adalah aliran yang menjadi kegilaan mereka yang mahukan bentuk wajah lebih kecil berbentuk V.

Katanya, trend rawatan pembedahan plastik berubah dari zaman ke zaman bermula sekitar tahun 1980-an hingga 2000. Ketika itu, kebanyakan pembedahan wajah memberi tumpuan kepada rawatan ‘Golden Ratio’ atau ‘Nisbah Emas’ yang meletakkan keutamaan pada komposisi kecantikan muka.
“Bagaimanapun memasuki 2010 hingga kini, kontur muka dengan garisan atau bentuk V pula menjadi ikutan dalam industri kecantikan wajah Korea. Seperti mata, sebelum ini pesakit mahukan bentuk mata lebih besar tetapi ia semakin meningkat apabila mereka mahu membesarkan bahagian dalam dan luar sudut mata.

“Suatu ketika dulu, kebanyakan pembedahan hidung menjadi tumpuan utama untuk tampil menarik dan seimbang tetapi hasilnya tidak memuaskan. Kini, sentuhan terbaru ialah dengan memberi perhatian kepada bentuk yang lebih tajam dan bentuk lebih menarik,” katanya ketika ditemui ketika ditemui, baru-baru ini.

Ikutan anak muda

Masyarakat Asia memiliki bermacam-macam bentuk wajah. Rata-ratanya penduduk Asia mempunyai mata biasa yang dipanggil ‘Mongolia fold’, yang bentuk segi tiga pada sudut mata sementara batang dan kepala hidung pula tidak terlalu mancung seperti warga Barat.

Justeru, ramai yang taksub untuk melakukan perubahan wajah ini dan situasi itu juga melanda remaja Korea yang berusia awal 20-an dan 30-an.

“Perubahan itu dilakukan berikutan pengaruh daripada gaya hidup moden dan pengaruh filem serta media. Selebriti Korea memiliki wajah cantik dan membuatkan ramai mahu mengikut jejak langkah supaya tampak seperti selebriti. Mereka meletakkan imej dan keperibadian menarik sebagai keutamaan mereka,” katanya apabila ditanya mengenai faktor psikologi.

Apabila muzik, tarian dan fesyen K-Pop menjadi ikutan, mereka mahu pula wajah menarik untuk menjadikan diri lebih berkeyakinan.

Dr Jong berkata, selalunya selepas melakukan rawatan pembedahan plastik, kebanyakan mereka tampil lebih yakin dengan diri sendiri. Di Korea kecantikan juga menjadi faktor utama dalam mengecapi kerjaya yang bagus. Apabila mereka menarik, ada juga mendapat kerjaya yang lebih baik dengan tawaran yang lebih baik dalam industri pekerjaan mereka,” katanya.

Unik bedah plastik

Pakar pembedahan plastik di Korea lebih ramai berbanding negara Asia lain dan mereka amat berpengalaman serta sentiasa membangunkan teknologi baru dalam bidang berkenaan.

“Hasil daripada pembangunan teknologi canggih dan gaya rawatan sentiasa terbaru. Malah, setakat ini Persatuan Pembedahan Plastik Korea menerima lebih 150,000 pesakit dari negara luar yang ingin mendapatkan rawatan sama. Ini sekali gus membuatkan kaedah pembedahan di Korea semakin meningkat dan mencabar jika dibandingkan dengan negara lain.

“Selari dengan permintaan itu pakar bedah plastik Korea mahu sentiasa memberikan hasil yang terbaik dan lebih cemerlang. Uniknya Korea mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran perubatan yang berkualiti tinggi dengan kos yang murah” katanya.

Tawaran menarik

Memahami budaya Korea menjadi kegilaan ramai, justeru, rawatan pembedahan plastik kini menular masuk ke Malaysia dengan menawarkan rawatan pembedahan plastik mengikut kehendak pelanggan dengan memperkenalkan pusat pembedahan plastik, Kumpulan Perubatan Kecantikan Wonjin (Wonjin) yang terletak di Seoul, Korea.

Dr Jong berkata, sasaran utama ialah selebriti, remaja dan wanita yang mahu tampak lebih cantik.

Orang ramai yang tidak berpuas hati pembedahan plastik yang pernah dilakukan di mana-mana tempat, boleh datang ke Pusat Pembedahan Plastik Wonjin untuk melakukan memperbaiki semula bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik.

“Setiap inci rawatan demi mencantikkan badan ada di Wonjin. Antara rawatan pembedahan plastik disediakan membabitkan kelopak mata, pembentukan hidung, payudara, kontur wajah dan badan, pembentukan rahang, solekan mikro, anti penuaan dan juga rawatan kecantikan gigi,” katanya.

Menggalakkan wanita Malaysia tampil wajah cantik persis artis Korea, Kumpulan Perubatan Kecantikan Wonjin menjalin kerjasama dengan pusat penjagaan kulit The Sompoton Spa, di beberapa hotel di ibu kota.

Selain menikmati rawatan kecantikan tubuh, pelawat boleh mendapatkan rundingan dan maklumat lanjut mengenai rawatan diperlukan.

INFO
* Kumpulan Perubatan Kecantikan Wonjin menerima ramai selebriti terkemuka dari Korea, China, Jepun dan Hong Kong
* Hubungi The Sompoton Spa, Hotel Istana Kuala Lumpur atau layari laman web www.sompotonspa.com