KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) akan membariskan calon berkelayakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (pru-13) akan datang.

Abdullah berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih mengetahui siapa calon yang layak untuk bertanding pada PRU-13 ini.
"Saya percaya sebagai Presiden parti, Perdana Menteri lebih tahu siapa calon berkelayakan atau mampu menang untuk diketengahkan," katanya selepas menyampaikan Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar tingkatan enam, Sekolah Agama Al Irshad di sini, sebentar tadi.