6 polis gugur, 6 penceroboh maut
Detik cemas anggota pasukan polis ketika memasuki kawasan perkampungan di Kampung Sri Jaya Simunul Semporna, yang dipercayai berlaku pertempuran sepasukan polis dengan sekumpulan penjenayah bersenjata hingga menyebabkan lima anggota polis muat.
Serang hendap di Semporna: 19 anggota PDRM terperangkap dikeluarkanLahad Datu: Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, malam kelmarin.
Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.
Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.
Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.
Korban meningkat Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.
Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.
PDRM ucap takziah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dalam sidang medianya petang semalam, berkata operasi berakhir jam 7 petang dan polis menghubungi keluarga mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada orang awam dan media.
“Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban,” katanya.
Katanya, enam mayat yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan musuh.
Ismail berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan polis ke Simunul bagi menjalankan siasatan susulan maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ.
Untuk berita lanjut pencerobohan Lahad Datu, dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/Antaranya:
Malaysia dan Filipina siasat pembabitan pemimpin pembangkang
Penduduk belasah lelaki bersenjata M16 hingga mati
Seorang lelaki mati kena tembak di Kinabatangan
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.
putihkaseh08@yahoo.com
Takziah kepada wira2 yg gugur, pergi mu sebagai wira2 negara, jasamu dikenang hingga akhir hayat kami, buat masa ini jgn lah pertikaikan bagaimana penceroboh boleh masuk ke negara sabah sebab sekarang musuh ada dimana mana, ibarat musuh dlm selimut, apa yg penting beri semangat kepada wira2 kita utk terus berjuang mempertahankan tanah air tercinta, hukum petualang negara, go wira2 ku, doa kami mengiringi pemergian mu dan air mata menyambut kepulangan jenazah2 mu, semoga roh2 wira2 ku bersemadi dgn aman dan ditempatkan org2 yg soleh, aminnnn
azid
dah jadi mcm ni baru nk bsatu.. tapi blm tlambat ayuh warga MALAYSIA bangkit dari kesenangan hasil darah pejuang2
bersatu demi agama dan negara
dr anak pejuang...
rock
sy berharap PDRM dan ATM..dapat menjalankn tugasan dengan berhati-hati..dan dapt mengahapuskn semua penceroboh yang berkubu di lahad datu..masa sekarang tidak boleh di tunggu lagi
Zuraini
Takziah buat keluarga para pejuang Negara yang telah gugur memperjuangkan keamanan rakyat dan Negara. Teruskan lah perjuangan demi bangsa, agama dan Negara.
rock
sy berharap PDRM dan ATM..dapat menjalankn tugasan dengan berhati-hati..dan dapt mengahapuskn semua penceroboh yang berkubu di lahad datu..
Ruslin62
Mengapakah ada dikalangan rakyat yang sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan negera sedangkan semua rakyat inginkan kedamaian dan kemakmuran. Sedar dan bertaubatlah.
penyair
Pertumpah darah adalah peperangan, wajib bagi angota wira yang sejati dalam mempertahan demi negara yang tercinta sekali pun nyawa dihujung peluru tak bermata, sudah tiba masa nya pihak berkuasa tentera mengambil alih diberikuasa penuh menangani isu kedatangan tamu yang tak diundang disabah adalah satu pencerobohan salah disisi undang-undang dipangan mata. sultan sulu dan pengikutnya adalah rejim penganas tiada hak atas tuntutan keatas sabah ia perlu dihapuskan segera sekali gus bersama dalang menjadi penyebab. malapetaka moga Allah mencucuri rahmat roh pahlawan di medan memperjuangan demi negara tercinta, "untuk wira-wira kita" usah getar orang orang gugur dalam peperang diakhirat ada sedang menanti sebagainama Alllah telah janjikan kelebihan ketas isteri,anak,sanak saudara yang ditinggalkan dan disayangi.
izayudin
kepada anggota keselamatan kita yang terkorban saya ucapkan takziah dan kepada keluarga anggota yang terkorban harus sabar dan tabah mudah mudahan roh mereka dicucuri rahmat amin rabal alamin
Sara
Teruskan usaha,kami sentiasa mendoakan keselamatan pejuang...insyallah
Hj.Mohd.Thani b.Darus
Takziah kepada keluarga-keluarga wira negara.Mudah-mudahan roh-roh mereka bersama dengan para syuhada'.Kepada YAB PM ,gunakanlah kekuatan tentera kita yang telah masak dengan corak peperangan gerila.Jangan ambil mudah ancaman musuh dan petualang negara ini.Siasat sehingga ke akar umbi,jika benar mengikut perisikan Filipina ada pihak-pihak yang berkepentingan peribadi dan agenda tertentu yang membawa masuk penceroboh-penceroboh ini,Jika benar ,itulah petualang yang patut dihapuskan.Kepada wira negara,tunjukkan keperwiraan anda,bahawa kita boleh menangani musuh-musuh ini tanpa bantuan asing .InsyaALLAH.ALLAH bersama dengan orang yang BENAR.
fared
macam mana penceroboh boleh menceroboh negeri sabah,kalau pantai,perairan laut sabah tak di jaga dengan rapi dan ketat oleh pihak yang berkaitan,mana pergi nya anggota polis marin yang menjaga kawasan laut perairan sabah apa yang dia orang buat atas kapal peronda pergi mana tidor ke tengah laut
Azrul Aminur Bin Abdul Samad
setinggi takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban. Kita yang masih hdup ini banyakkanlah berdoa dan buat solat hajat supaya keamanan negara kembali tenang seperti dahulu. aminnn....
Pendekar Laut
Walaupun pertahanan laut kita melibatkan 3 lapisan keselamatan, namun mengapa pihak musuh luar masih dapat menembusi pertahanan ini. Walau apapun, kita harap pihak penceroboh ini jangan diberi ruang lagi. Beberapa wira negara kita telah terkorban kerana kita terlampau memberi mereka ruang yang sangat besar.
othman abdul aziZ
Terlebih dahului saya mengucapkan takziah ke pada kaum kekeluarga mangsa yg terkorban dan merasa syabas kepada pihak berkuasa semoga jangan bertolak ansur lagi bagilah kuasa kat angkatan tentera supaya dapat menewaskan penceroboh tanah air kita sehabis nya dan secepat mungkin jangan nanti orang luar anggap negara kita ni lemah syabas kepada pejuang negara.
liyanakamariah bt zulfakar
sy rasa amat terharu dan sedih diatas pemergian wira negara yang berjuang demi agama, bangsa dn negara. takziah pada keluarga wira negara. jasa mu tetap di kenang. pohon pasukan keselamatan mengambil tindakan tegaskeatas penceroboh negara, jangan sampai kematian wira negara meningkat dan juga membiarkan rakyat sabahan kita dijadikan tebusan pula. tahniah saya ucapkan pd penduduk kampong kerana berjaya membunuh penceroboh yang didalangi rakyat kita sendiri, maka bermulalah semangat patriotik rakyat sabahan kita. Buktikan pada pemimpim kita hari ini.saya doakan semua pasukan keselamatan berjaya dalam menentang musuh. kematian wira kita bukan penghalang bagi kita untuk meneruskan perjuangan ini. bahkan semangat membara terus terpahat di sanubari wira -wira kita semua.
zie
Smoga Allah melindungi kita semua....
Lynda72
Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia bersatu menentang musuh negara. Kedaulatan negara perlu dijaga. Siapa pengkhianat bangsa harus dihukum setimpalnya. Salam takziah buat keluarga yang kehilangan orang tersayang. Rakyat Malaysia berbangga diatas pengorbaban yang dicurahkan oleh anggota yang terkorban. Semoga Allah tempatkan mereka semua disisinya. Amin yarabalalamin.
saz
Sangat mengharapkan kerajaan memberi mandat diberi kepada tentera
zul_labuan@yahoo.com
BERITA HARIAN,INFO MAKLUMAT TERPANTAS...SENTIASA DI SISI KAMI......
casily
salam...sudah masa nya kita serahkan kes percerobohan ini kepada pihak ATM,sebab pihak ATM mempunyai pengalaman, kelengkapan yang cukup dalam kes seperti ini.pihak ATM juga telah dilatih dan terlatih dengan keadaan seperti ini.
emasbun
ssmoga polis dpt mengesan penceroboh tersebut . . . kmi doa kn smoga polis tbh menghadapi cabaran . .insyah allah . . .
AZMAN BIN HARUN
Saya menyeru kepada psk keselamatan Polis dan Tentera agar bertindakan dengan lebih bijak kerana kita tidak mahu orang awam dan psk keselamatan kita cedera atau terkorban. Insyallah kita dapat tangani masalah ini dengan berkat doa 1Malaysia. Insyallah
Lynda72
Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia bersatu menentang musuh negara. Kedaulatan negara perlu dijaga. Siapa pengkhianat bangsa harus dihukum setimpalnya. Salam takziah buat keluarga yang kehilangan orang tersayang. Rakyat Malaysia berbangga diatas pengorbaban yang dicurahkan oleh anggota yang terkorban. Semoga Allah tempatkan mereka semua disisinya. Amin yarabalalamin.
muhammad farid rahmat
pesanan: kepada semua pihak yang sygkan negara....tolong jgn amek dan rakam gambar polis ataupun ATM yang sedang jalankan tugas...ini akan membantu pihak musuh utk menhancurkan lagi pertahanan negara...secara tak langsung anda semua telah membantu pihak musuh....
boss
mudahnya perairan kita diceroboh, mula-mula di Lahat Datu, kini di Semporna pula, apakah keselamatan negara terjamin?
ridzuan
Harap ATM Bertindak. polis perlu berundur. kerajaan perlu cari anisiatif yg terbaik jangan terus berkata dua sahaja.
salam Taman Kolej Bentong.
Takziah untuk semua anggota pasukan keselamatan yang dibunuh oleh penceroboh di Lahad Datu dan Semporna...Doa dari seluruh rakyat malaysia semuga Allah menempatkan roh mereka yang gugur dalam golongan orang2 yang beriman. Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan di sana......aminnnnn..
Kesultanan Sulu mesti ada agenda tersendiri. kenapa tak hebahkan maklumat rundingan. Sebab setahu saya, diorg xkan menyerang kalau takda agenda. Risau sgt keluarga d Sabah
terompahkayu
dah beratus2 anggota tentera dari semenanjung sudah ke sabah tapi senyap aje..
imigresen bukit bunga jeli kelantan.( kampung jenub )
kami sebagai orang biasa sangup berjuang .menpertahankan negaraku hinga sampai mati.
neil
wahai pasukan keselamatan m'sia. teruskan perjuangan mu demi agama,negara dan bangsa tercinta. hapuskan pengganas2 itu. kami tidak rela negara di ceroboh. agik idup agik ngelaban. berpantang maut sebelum ajal. allahu akbar..
yussni
semoga Allah sentiasa melindungi pasukan keselamatan kita.. hapuskan terus penceroboh.. patutnya dari awal lagi tak perlu nak bagi peluang untuk berunding..
luqman
Saya meyeruh kepada semua rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang cintakan keamanan agar dapat menghulurkan derma kepada WIRA-WIRA SEJATI yang terkorban. Kepada rakyat Sabah kalau boleh dermalah walau RM1 untuk WIRA-WIRA KITA, mereka telah memberi nyawa mereka untuk keamanan kita di Sabah, tolong lah saya merayu, kita bantu walau hanya dengan derma ikhlas kita. Selamat berjuang para pahlawan. kami doakan dengan penuh keiklasan agar Allah melindungi semua pejuang kita. Semoga berjaya, AMIN!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!
peace88
salam..sy berharap semua pasukan keselamatan di sabah hendaklah dalam keadaan siap siaga supaya kita dpt mengesan kehadiran musuh..saya rasa sudah tiba masanya kita lepaskn pihak tentera&polis bersama-sama menangani masalah ini...jgn tangguh lg,dirgahayu malaysiaku...pelihara mereka semua ya Allah...
Harap pihak berkuasa dapat membuat sesuatu sebelum ramai lagi menjadi mangsa kepada penjenayah ini,
kai
ATM perlu bertindak segera.kita rakyat malaysia tak sanggup nak dengar lagi kehilangan perjuang2 kita.
kakikus
sudah sampai masanya tentera laksanakan kan tugas...polis perlu berundur. Nie dah kira perang gerila...dan penentangan penceroboh akan menjadi lebih panjang..
along
pmberi maklumat yang terbaik
Sudah tiba masanya Malaysia bertindak dengan cara yang sepatutnya.. Aku tidak rela melihat penduduk awam menjadi mangsa.. Aku juga tidak rela ramai lagi isteri polis menjadi balu..
nam jahanam
Ini sudah melebihi had kesabaran. Harap polis dan tentera Malaysia tidak putus semangat. kami rakyat menyokong anda semua. Jika tidka cukup kami bersedia berkorban. Eloknya dihapuskan semua keturunan kiram dari muka bumi biar mereka sedar bahawa datuk nenek mereka yang telah menjual sabah kepada orang lain merupakan pengkhianat bangsa mereka sendiri.
Marius Umbol
Terima kasih kpd berita harian kerana menyiarkan berita2 yg mempamerkan sbg berita menarik dan tepat...teruskan kidhmat mu kpd seluruh rakyat malaysia...
Senarai Komen
bersatu demi agama dan negara
dr anak pejuang...