KUALA LUMPUR: PAS akan membariskan kira-kira 40 peratus calon daripada golongan muda pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan A Tantawi.

Beliau berkata, perkara itu telahpun dipersetujui dan nama calon berkenaan yang terdiri daripada anggota Dewan Pemuda, Muslimah dan Ulama dihantar kepada PAS Pusat.
"Buat masa ini, persiapan kami (jentera pemuda) mencapai 99 peratus dan calon daripada golongan muda telahpun dikenal pasti dan berkhidmat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Dalam perkembangan lain, Nasrudin berkata, Pemuda PAS berpendirian pilihan raya umum tidak perlu ditangguhkan berikutan insiden pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu.

"Ini sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan bahawa keadaan di sana (Lahad Datu) adakah terkawal dan baik... jadi kita minta supaya ini tidak dijadikan sebagai alasan untuk menangguh PRU," katanya. - BERNAMA