KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd umum agihan pendapatan 6.3 sen bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2012.

Ia meningkat 0.3 sen seunit berbanding pengagihan enam sen seunit tahun lalu.
Pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.11 juta yang akan dimanfaatkan 11,652 pemegang unit yang melanggan 128.81 unit ASN 3.