login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Selasa , 02 September 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Laman
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

101 laman idaman
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2011/10/16

  
  • Foto

  • Foto

    PELBAGAI elemen laman dalam lakaran.

  • Foto

    LAKARAN laman jadi rujukan peminat landskap.

Buku Laman 101 ketengah lakaran, idea reka bentuk dan tip laman

SERING kali laman kediaman teres dibiarkan kosong tanpa sebarang hiasan kerana pemilik kediaman tidak mempunyai idea cara bagaimana untuk menghias kawasan berkenaan.
Kebiasaannya, pengguna mendapatkan khidmat kontraktor laman untuk memberikan idea dan lakaran untuk landskap itu. Kontraktor pula biasanya mengenakan caj tertentu bagi lakaran itu yang kadang kalanya mahal. Ini ada kalanya membantutkan hasrat pengguna meneruskan pelan membina landskap itu berikutan harganya yang mahal.
Namun kini, ada alternatifnya dengan penerbitan buku Laman 101 yang diterbit dan diedarkan Yamani Angle Sdn Bhd. Menariknya, seperti tajuknya, buku setebal 246 muka surat ini memaparkan 101 pilihan laman bagi pengguna, kontraktor dan peminat taman mendapatkan gambaran gaya atau laman idaman.

Selain lakaran, buku ini turut memberikan tip penyediaan laman serta pokok yang bersesuaian untuk setiap lakaran yang diketengahkan.

Buku hasil tulisan bersama arkitek laman, Ruzaimi Mat Rani dan pensyarah hortikultur, Dr Rashidi Othman, dijual pada harga RM79 bagi edisi kulit keras dan RM70 bagi kulit nipis.

Ruzaimi yang ditemui baru-baru ini berkata, buku itu mungkin menampilkan garapan yang ringan tetapi ia sarat maklumat untuk dimanfaatkan peminat seni hias laman, kontraktor laman serta pelajar arkitek laman.
Katanya, kumpulan sasar buku ini adalah untuk orang ramai yang masih tercari-cari maklumat dan lakaran untuk landskap kediaman mereka terutama jenis teres.

“Semua lakaran ini juga sesuai untuk kontraktor laman dan landskap mendapatkan idea bagi mereka bentuk laman untuk pelanggan mereka. Buku ini juga sesuai untuk pelajar seni reka landskap kerana ia turut memuatkan maklumat mengenai landskap lembut hasil kepakaran Dr Rashidi,” katanya.

Ruzaimi yang sebelum ini menghasilkan buku ‘The Sacred Garden’ pada 2003 berkata, buku Laman 101 juga menampilkan koleksi lakaran berkisar kepada penggunaan konsep ruang dan satah sebagai tulang belakang kepada reka bentuk laman.

Selain itu, katanya koleksi landskap lembut oleh Dr Rashidi boleh dijadikan asas rujukan untuk dicadangkan kepada reka bentuk laman yang bakal dihasilkan.

“Buku ini juga mengetengahkan tiga jenis konsep reka bentuk laman menggunakan satah mendatar dan tegak. Satah berkenaan termasuk satah asas, satah dinding dan satah lelangit.

“Perbezaan ketiga-tiga jenis reka bentuk laman ini boleh dilihat melalui pembentukan ruang yang terhasil daripada satah yang diolah berdasarkan fungsi dan nilai estetika laman,” katanya.

Sementara itu, Dr Rashidi yang masih berkhidmat di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), berkata buku berkenaan juga menampilkan 303 pokok hiasan landskap yang terkini dan mudah diperoleh di nurseri pokok di seluruh negara.

“Tip penjagaan pokok dan kesesuaiannya dengan setiap landskap juga diketengahkan termasuk kesesuaian dengan warna pokok dengan keseluruhan laman.

“Saya jamin, setiap pokok hiasan yang diketengahkan dalam buku ini tidak sukar ditemui di nurseri tempatan. Saya hanya tampilkan pokok yang praktikal, bernilai dan mudah diperoleh pengguna,” katanya.

Orang ramai yang berminat mendapatkan buku ini boleh mendapatkannya di kedai buku pilihan di seluruh negara atau menghubungi terus penerbit dan pengedarnya di 03-42709721 atau faks 03-42709722 serta mendapatkan maklumatnya melalui laman web yamaniangle.com.my atau yamanaiangleonline.my.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas