Waktu solat KL & yang sewaktunya:
Khamis , 30 Oktober 2014,

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 (11 April 2012)


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. Pertabalan kali ini melakar sejarah negara kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 23 Julai 1970 semasa berusia 42 tahun. - Foto BERNAMA
  • YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. Pertabalan kali ini melakar sejarah negara kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 23 Julai 1970 semasa berusia 42 tahun. - Foto BERNAMA
  • YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. - Foto BERNAMA
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap sempena Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara. - Foto BERNAMA
  • SEKUMPULAN pelancong dari Amerika Selatan memerhatikan langkah pergerakan pengawal Istana Negara ketika bertukar tugas setiap sejam sekali pada Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di luar istana itu. - Foto Nik Hariff Hassan
  • SEBAHAGIAN daripada 10 anggota polis trafik dari Johor yang dianggotai wanita dengan menaiki motosikal berkuasa besar jenis Harley Davidson 1,500cc ketika mengiringi Sultan Johor selepas keberangkatan selesai menghadiri Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. - Foto Nik Hariff Hassan
  • SKUADRON Istiadat Berkuda dari Rejimen Askar Melayu Diraja ketika melakukan persediaan pada majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV di luar pintu utama Istana Negara. - Foto Nik Hariff Hassan
  • ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia melakukan tembakan meriam kehormat sebanyak 21 das sempena Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara. - Foto BERNAMA
  • YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah berangkat pada majlis santapan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta, malam tadi. - Foto BERNAMA
  • WAHYU Kedah, 32, bersama suaminya, Jahrul Hisham, 35,  dan anak mereka menyaksikan siaran langsung upacara pertabalan  Yang di-Pertuan Agong Ke-14  di  Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Yong Chee Choong
  • YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar kenangan bersama Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertuan-Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta, semalam. - Foto BERNAMA
  • RAJA-RAJA Melayu dan Permaisuri dan Yang Dipertua Negeri antara 900 orang tetamu yang berkenan menyaksikan Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta. - Foto BERNAMA
  • SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta. - Foto BERNAMA
  • SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultanah Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat sempena Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara. - Foto BERNAMA
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib  Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri, Istana Negara, semalam. - Foto BERNAMA
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri, Istana Negara, semalam. - Foto BERNAMA
  • PUTERA Mahkota Brunei, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Salleh Abdul Rahaman berangkat sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, semalam. - Foto BERNAMA
  • BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah  hadir pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14   di Istana Negara, semalam. - Foto BERNAMA
  • BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  antara yang hadir pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, semalam. - Foto BERNAMA
  • RAJA-RAJA Melayu, Yang Dipertua Negeri dan wakil Raja-raja Melayu antara 900 tetamu yang berkenan menyaksikan Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara. - Foto BERNAMA
  • YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. - Foto BERNAMA
  • YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengucup Al-Quran, yang juga lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. - Foto BERNAMA
  • YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika  berkenan mengucup Keris Panjang Diraja yang juga dikenali sebagai Keris Kerajaan, sebagai simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. Pertabalan kali ini melakar sejarah negara kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. - Foto BERNAMA
  • YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengucup Keris Panjang Diraja yang juga dikenali sebagai Keris Kerajaan, sebagai simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka pada Istiadat Pertabalan Yang di- Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.  - Foto BERNAMA