JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui di laluan masuk Hutan Simpan Gunung Arong kira-kira 50 meter daripada laluan utama Jalan Mersing-Endau semalam.

Mayat ditemui pasukan peronda Pejabat Perhutanan Mersing dalam keadaan terbaring kira-kira JAM 5.30 petang, beserta beg pakaian dan beg galas pada sisi mayat tanpa sebarang pengenalan diri.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda kecederaan di badan mangsa dan kita percaya wanita berumur sekitar 40-an itu adalah warga asing berdasarkan warna kulitnya serta tiada kesan tanda suntikan imunisasi di lengannya," kata Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid. - BERNAMA