Euro 2012: Sentuhan 'budak nakal'

Euro 2012: Sentuhan 'budak nakal'

2012/06/20

Balotelli melakukan voli cantik untuk jawab kritikan ke atasnya

DIA bukan Mario Balotelli jika tidak mencetuskan drama dan masalah.

Penyerang penuh warna warni Manchester City itu yang digelar budak nakal melenyapkan sementara panggilan itu apabila menjaringkan gol kedua ketika Itali menewaskan Republik Ireland 20, awal pagi kelmarin.

Pada perlawanan itu, dia hanya dimasukkan sebagai pemain simpanan, selepas gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan awal pasukan berkenaan.

Walaupun terjatuh dan membelakangkan pintu gol, dia tidak melepaskan peluang dengan melakukan voli cantik menewaskan penjaga gol Shay Given.

Kemenangan itu membantu pasukannya mengumpul enam mata dan menjadi naib juara kumpulan sekali gus mara ke suku akhir.

Laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini